Sabtu, 1 Mei 2010

Tupai 'blonde'


Ini adalah gambar Tupai yang jarang-jarang ditemui. Ia adalah tupai biasa yang entah apa sebabnya (yang pastinya kuasa Allah) yang dilahirkan menjadi warna perang dan sama sekali berbeza dengan ibu bapanya. Tupai ini ditemui oleh seorang rakan saya ketika sedang membersihkan kawasan sekeliling rumahnya dan hendak dijadikan cerita tupai ini seolah-olah menyerah diri untuk dipelihara oleh manusia. Ketika ditemui anak-anak tupai ini sudah hampir-hampir meninggalkan sarangnya. Menurut rakan tersebut, tupai ini amat menggemari buah mangga, betik, pisang dan gandum. Setakat ini ada beberapa orang telah menawarkan untuk membeli tupai ini tetapi rakan saya masih belum berhajat untuk menjualnya.
Mereka yang berminat bolehlah membuat bidaan melalui abad72@gmail.com.

Selasa, 27 April 2010

Permohonan Tanah Kerajaan Untuk Masjid

Mesyuarat bersama penduduk bagi membincangkan program gotong royong mengusahakan tanah kerajaan yang dipohon untuk masjid. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan gotong royong setiap hari jumaat untuk membersihkan tanah kerajaan yang dipohon.
Gotong royong dimulakan pada 22.10.2009 dengan menebang pokok-pokok getah yang ada. Sambutan daripada penduduk amat menggalakkan. Begitulah adat masyarakat kampong. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat. Berat sama dijunjung, ringan sama dijinjing. Semoga Allah memberi ganjaran pahala atas amal baik kita semua. Amin.

Lawatan YB ADUN Bayu

Bersama-sama YB En. Azmi Bin Che Husain, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu semasa mengadakan lawatan di kampong pada 27.12.2009.
YB Azmi juga turut merasmikan jalan kampong (mini tar) sepanjang 1.5 kilometer yang baru siap dibina. Ini adalah projek pertama yang berjaya sejak saya memegang jawatan Pengerusi JKKKP pada tahun 2008.

Menanam Anak Benih Anggur

Anak benih anggur yang ditanam dalam polybag sebelum dipindah ke tapak kekal. Anak benih ini kelihatan amat subur. Jambak bunga telah mulai keluar tetapi sayang ia perlu dibuang kerana pokok tidak mampu menyaranya kerana masih terlalu muda. Pokok anggur mudah mengeluarkan bunga apabila dipangkas. Inilah teknik yang digunakan bagi menghasilkan buah.


Inilah anak benih anggur yang telah ditanam. Pita plastik bewarna ungu yang diikat pada batang menunjukkan warna buah bagi pokok ini. Anak benih ini dihasilkan melalui teknik 'tut' dan berumur lebih kurang 2 bulan. Pada tahap ini akar telah mulai matang dan perlu segera ditanam ke tapak kekal kerana jika lambat tumbesaran pokok akan terbantut. Batang pokok akan berubah menjadi coklat (berkayu) dalam masa 2 bulan dan akan terus membesar. Siraman air dan baja yang mencukupi amat kritikal disamping kawalan penyakit dan serangga.

Isnin, 26 April 2010

Border Intelligence Workshop

Attending Border Intelligence Workshop in Langkawi from 20 - 22 April 2010. The workshop was jointly-organised by Royal Malaysia Customs (RMC) and Australian Customs and Border Protection Service (ACBPS) .
Presentation by Australian Federal Police (AFP). Among the issues discussed were human smuggling, trafficking in person and narcotics operations.
Resource person from RILO A/P (Regional Intelligent Liason Officer , Asia Pacific) - based in Beijing, China. Emphasized on intelligent sharing and communications.

Presentation from ACBSP Kuala Lumpur - stressed on trafficking in person and human smuggling issues.

Sabtu, 24 April 2010

ANGGUR BERIS




Lihatlah betapa banyaknya buah anggur bergantungan diatas kepala. Ini adalah buah anggur yang dihasilkan oleh sebuah ladang anggur di pinggiran Tasik Beris, Sik, Kedah. Kalau tidak silap ini adalah anggur jenis White Malaga yang telah terbukti boleh hidup dengan suburnya di Malaysia. Dan yang paling penting ialah ia menghasilkan buah yang lebat dan manis! Saya juga ada menanam beberapa pokok dari jenis ini disamping jenis IAC dan Issabella Madu. Harap-harap satu hari nanti dapatlah menikmati anggur daripada hasil tangan sendiri!

Ahad, 18 April 2010

Program Jejari Bestari

Sabtu; 17.4.2010
Program Jejari Bestari di Kg. Sera Ulu, Baling, Kedah
Program Jemari Bistari ini adalah bengkel anyaman pita plastik (plastic fibre) yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah (JPWNK) dan YB ADUN Bayu. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita sekitar Mukim Pulai II ( Sera, Sera Ulu, Rambong Pulai, Teluk Pendiat, Gabus dan lain-lain) telah mengikuti bengkel ini yang diberi tunjuk ajar JPWNK.JKKKP Kg. Rambong Pulai telah menghantar seramai 5 orang peserta bagi mengikuti bengkel tersebut. Ternyata bengkel ini amat menarik dan bermanfaat kepada peserta.

Antara hasil kerjatangan peserta bengkel. Bengkel ini di kendalikan secara langsung oleh Maklang (Pn. Fauziah) isteri YB Azmi B. Che Husain bersama Persatuan Ukhwah Sri Desa.


Majlis penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YB En. Azmi Bin Che Husain, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu. Turut hadir ialah Pengarah JPWNK, Tn. Hj. Mohd Shabari Bin Ghazali, Pegawai Penerangan Daerah, Pemangku Pegawai KEDA Daerah Baling serta Pengerusi-Pengerusi JKKKP kampung sekitar.